SSPN-i Plus

Monday 26 August 2019

Bagaimanakah kaedah pemulangan simpanan dan bayaran manfaat takaful dilakukan bagi kes kematian pendeposit?

agi kes kematian pendeposit, kaedah pemulangan simpanan dan pembayaran manfaat takaful oleh pengendali takaful adalah seperti berikut:
  1. Bagi jumlah simpanan atau manfaat yang kurang daripada RM3,000 - waris hendaklah mengisi dan menandatangani Bon Tanggung Rugi serta dokumen yang berkaitan yang mengikat dari segi undang-undang; atau
  2. Bagi jumlah simpanan atau manfaat takaful RM3,000 dan ke atas - Pengeluaran wang deposit dari akaun simati bagi baki semasa simpanan berjumlah RM3,000 dan ke atas (termasuk manfaat takaful dan dividen) dengan mengemukakan dokumen asal atau salinan:
    • Geran Surat Kuasa Mentadbir/ Geran Probet (Petisyen di bawah Akta Probet dan Pentadbiran 1959) yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Malaya; atau
    • Surat Kuasa Mentadbir yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Dan Daerah; atau
    • Surat Kuasa Pentadbiran yang dikeluarkan oleh Amanah Raya Berhad, Seksyen 17 Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 (Akuan/ Arahan).
*****
SSPN-i Plus merupakan produk simpanan patuh Syariah untuk perancangan kewangan bagi tujuan pendidikan tinggi beserta perlindungan takaful. 

Penerima manfaat terdiri daripada diri sendiri/anak/anak jagaan yang sah sahaja.

Buka akaun SSPN-i Plus & buat bayaran secara online》
https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008542

No comments:

Post a Comment