SSPN-i Plus

Monday 26 August 2019

SSPN-i Plus dan SSPN-i masing-masing menawarkan pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM8,000 bagi akaun yang dibuka untuk anak/ anak jagaan yang sah. Jika pendeposit mempunyai kedua-dua akaun, adakah pelepasan taksiran cukai pendapatan yang boleh dinikmati adalah sebanyak RM15,000?

Tidak. Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih bagi SSPN-i Plus dan SSPN-i hanya diberikan sehingga RM8,000. Walau bagaimanapun bagi akaun SSPN-i Plus, pendeposit boleh menikmati tambahan pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas sumbangan takaful yang dibayar kepada pengendali takaful sebanyak RM7,000, di bawah kategori pelepasan bagi insurans nyawa dan KWSP.


*****
SSPN-i Plus merupakan produk simpanan patuh Syariah untuk perancangan kewangan bagi tujuan pendidikan tinggi beserta perlindungan takaful. 

Penerima manfaat terdiri daripada diri sendiri/anak/anak jagaan yang sah sahaja.

Buka akaun SSPN-i Plus & buat bayaran secara online》
https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008542

No comments:

Post a Comment